Pusat Kegiatan Guru (PKG) merupakan unit yang ditubuhkan di bawah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) dan di dalam rangkaian Bahagian teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia. PKG merupakan jalinan rancangan prasarana pendidikan yang berperanan sebagai pusat kegiatan profesional guru secara terancang dengan mengadakan kegiatan-kegiatan pendidikan yang mengutamakan perkembangan kurikulum berlandaskan teknologi pendidikan.
Matlamat PKG adalah untuk meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah-sekolah, melalui peningkatan taraf profesionalisme guru-guru. Pusaty Kegiatan Guru akan merealisasikan potensi dan individualiti guru sehingga dapat melaksanakan amanah dengan baik dalam setiap peringkat dan bidang kehidupan bagi menghadapi cabaran wawasan 2020 selaras dengan dasar pembangunan Negara kita.
Peranan PKG.
Peranan PKG amatlah besar sebagai pusat latihan ikhtisas dan kurikulum, pusat sumber, agen penyelesaian masalah dan agen perubahan dalam meningkatkan kualiti pengajaran guru di sekolah. Peranan PKG bolehlah dirumuskan sebagai:
- Pusat Kegiatan Profesional dan kurikulum serta pusat melaksanakan aktiviti-aktiviti ikhtisas dan kurikulum yang berkait rapat dengan keperluan sekolah.
- Pusat Sumber bagi menyediakan kedudukan dan perkhidmatan bahan-bahan pendidikan, alat bahan pdp serta penghasilan bahan pdp; dan
- Pusat sosial bagi meningkatkan proses sosialisasi antara pegawai PKG, pentadbir dan guru melalui aktiviti-aktiviti dan majlis antara pegawai PKG sebagai agen perubahan dan penyelesaian dalam aspek kemanusiaan, kemahiran dan kemudahan.
No comments:
Post a Comment